APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
Mungkin ibu lebih
kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah
kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa
kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita
bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah
selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita
sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum
ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita
remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata
"tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita?
Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat
kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita
telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita
di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita
dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di
saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya
mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu
berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan
untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai
ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita
dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat
ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun
tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke
belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat
bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn
baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama
pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan
kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan
rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
(sebarkan
jika kita sayang kepada ayah kita)

Post a Comment